07 August 2017

Tema Hari Kebangsaan 2017

Tema tersebut dipilih bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.




RASIONAL TEMA


NEGARAKU SEHATI SEJIWA yang berlandaskan perpaduan dan kesepakatan (unity) ini akan menjadi pengerak kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia. Konsep yang diadun dan direka dengan teliti berasaskan 'keharmonian dalam kepelbagaian' ini akan menyemarakkan semangat patriotisme serta memperluas dan memperkukuh semangat kekitaan, kebersamaan, saling memahami dan hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.

LAGU RASMI


Lagu Malaysia Sehati Sejiwa sekali lagi dijadikan sebagai lagu rasmi untuk sambutan Merdeka 2017. . 

Anda boleh mendapatkan lirik dan lagu tersebut didalam artikel kami sebelum ini;

  • 12 acara utama sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017:
  1. Merdeka@Komuniti (April-Oktober 2017) diseluruh negara
  2. NBOS@Merdeka (sepanjang bulan Ogos) diseluruh negara
  3. Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa (Tarikh akan dimaklumkan) di Batu Pahat, Johor
  4. Kayuhan Merdeka (6 Ogos) Di Dataran DBKL, Kuala Lumpur
  5. Doa Untuk Malaysia (12 Ogos) di Dataran Putra, Presint 1, Putrajaya
  6. Merdeka My Buddies Run (20 Ogos) di MAEPS, Serdang, Selangor
  7. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan Amanat Merdeka pada 4 petang di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 30 Ogos.
  8. Sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 30 Ogos. Sambutan Ambang Merdeka tahun ini terdapat sedikit perbezaan, ia akan diadakan selepas majlis penutupan Sukan SEA.
  9. Sambutan Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos
  10. Merdeka Quran Hour (31 Ogos) di Dataran Merdeka
  11. Karnival Hari Malaysia (15-17 Sept)
  12. Hari Malaysia di Kota Kinabalu pada 16 Sept.
Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my