15 November 2017

Kursus I-THINK Luar Talian (KILT)

Makluman kepada semua pentadbir dan guru, berkenaan surat siaran bagi pelaksanaan KILT(JPPs.UKR.600-1/3 (68) yang diedarkan oleh JPN Perlis dan diterima oleh sekolah pada 14 November 2017.

Sehubungan itu, semua pentadbir dan guru boleh memuat turun aplikasi KiLT dalam versi Windows, Android dan Mac OS berserta manual pengguna di halaman.

http://mygfl.moe.gov.my



Kursus i-THINK Luar Talian (KiLT) sebagai pilihan kepada guru-guru yang menghadapi masalah mengakses kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT). 

Kursus i-THINK perlu diselesaikan sebelum atau pada 31 Disember 2017. Manakala rakan guru yang telah berjaya menamatkan KiDT diucapkan tahniah dan anda tidak perlu membuat KiLT.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Zurina bt. Mat Som  - 0124021541 atau Penyelaras ICT sekolah.


Sekian Terima Kasih.


Saya yang menurut perintah,

Rose Aza Bin Che Arifin
Pengetua
SMK Syed Hassan
Sekolah Sukan Negeri